Hari ini 03.02.2015... Fuhhhh... Last post aku dlm blog ni tahun 2010... 5 tahun tu... Mgkn dgn kemunculan fb maka aku stop bercerita d blog... Kemudian muncul pula whatsapp, telegram, wechat, viber dsb... Menyebabkan blog ni sunyi dan terbengkalai... Dlm tempoh 5 tahun, mcm2 yg berlaku dan perubahan2 dlm hidup aku.
2004 - 2010, bertugas d SMK Kolombong, Inanam yg penuh dgn memori... 6 tahun ++ d SMKKL bnyk mngajar aku ttg dunia pendidikan. Pljr2 yg sweet2 dan nakal2 comel pun ada... Tp, semua itu bnyk mendewasakan aku dlm bidang keguruan... Susahnya mendidik anak org spy menjadi manusia berguna.... Alhamdulillah... Gembira sgt bila melihat kejayaan anak2 didik dlm pelajaran dan seterusnya dlm hidup.
2011 hingga sekarang, aku bertugas d SMK Tansau, Putatan... Waaahh... Banyak sungguh perbezaan persekitaran dgn SMKKL. Di sini pljr dlm kelas, penuh... Sebab 90% pljr adalah beragama Islam... Maka, kelas PI pun penuh jg...berbanding d SMKKL, pelajar muslim hanya 30-45% shj... Di sini aku sdh mula main kejar2 dgn pljr haha.... Lucu klu ingat semula... Kelas ke 10/10, semua pljr lelaki dan tingkatan 1 okeyy... Selama ni ajar budak besar ting 3-5... Waaahh... Mmg sgt besar bezanya... Tp, sgt fun hihihi... Dan akhirnya rasa seronok mengajar bdk2 ni... Kecik2 sj...
2012-2013 mengajar pula di sesi pagi... Baru rasa selesa dan seronok mengajar budak2 tingkatan 1-2... Tp, demi tugas, aku tempuh jua... Tanggungjawab besar dgn kelas2 exam... Fuhhh, tuition hampir setiap petang dan sabtu... Mmg sangat mencabar fizikal dan emosi... Tapi, demi anak2 didik, ttp d tabahkan hati... Selebihnya utk amalan di akhirat nanti...
Tapi tuntutan keluarga lagi meruntun jiwa... Melihat mr suami menguruskan anak2 setiap pagi, hati rasa tidak "selesa"... Tertanya2 di mana peranan aku sbg mrs isteri... Huhu... Rayuan demi rayuan utk kembali mengajar di sidang petang akhirnya berjaya pada tahun 2014... Fuhh... Lega.... Menguruskan anak2 awal pagi ke sekolah memang heaven... Alhamdulillah again....
Berada d SMK Tansau banyak mengajar dan mendidik aku menjadi "manusia dan muslimah". Ehh...selama ni x cukup muslimah kah? Hmmmm... Kuranglah agaknya ...
Inilah sebahagian drpd memori di SMK Tansau yg happening... Luv to be a part of Tansaurian ....
No comments:
Post a Comment