Thursday, August 26, 2010
Pemergian Seorang Guru dan Juga Sahabat....
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2... Lama rasanya tidak mencoret di sini... Kali ini aku menulis tentang seorang sahabat dan guru yang aku sayangi... jasanya amat besar buatku terutamanya di arena pendidikan ini.
Kak Ailen Usok, perginya yang tak kembali pada 10 Ogos 2010 yang lepas memang mengejutkan aku... Walaupun tahu akan penyakit yg dihidapinya, namun aku masih yakin yang dia mampu untuk bertahan...setelah lebih 2 tahun dengan penyakit itu...akhirnya kak ailen pergi jua... perkhabaran selepas subuh yang aku terima dr seorang sahabat (Rakinih) benar2 buat aku terkejut... "Kak Ailen meninggal malam tadi..."... Itu ayat yang buat aku terdiam seketika.... baru beberapa minggu sebelumnya aku sempat berSMS dengannya.... Sebak bersarang di dada... Dia insan yang banyak mendedahkan aku kepada dunia pendidikan Islam. Pernah bekerja di bawahnya semasa menjadi pentaksir kawasan KK... Semangat kerjanya memang mantap... Pada saat itu dia masih sihat lagi... Kerap bergurau senda dengannya... Kata-katanya sering jadi ingatan... Orangnya sentiasa "berbaik sangka", itu yg aku suka. Tidak pernah meninggikan suara.. sentiasa berlembut bicara... Selama mengenalinya....dia memang sahabat yang baik...
Pernah menjadi guruku pada tahun 1996, tetapi tidak mengajar di kelasku, jadi aku kurang mengenalinya. Kembali ke TPHR sebagai tenaga pengajar sementara pada tahun 2002 menemukan aku dengan Ustazah Ailen yg meminta aku memanggilnya hanya dengan nama Kak Ailen... Lebih setahun bersama mengajar sebelum dia berpindah ke SMKDPM dan selepas itu aku berpindah ke SMKKL. Hubungan tetap baik memandangkan kami berada di arena yang sama. Saling bertanya khabar walau tidak sekerap mana... Kalau terjumpa sesekali memang sangat kecoh dibuatnya.. Sering terjumpa dalam mesyuarat2, bengkel dan kursus bersama.. Cuma dia JU kami peserta... tapi semua itu tidak membataskan hubungan persahabatan. Dia tidak pernah sombong...
Namun, kini segalanya tinggal kenangan... masih ku ingat kali pertama berjumpanya selepas beberapa bulan dia disahkan dengan kanser itu. Badannya kurus, dan dia berterus terang tentang penyakitnya... klu ikut ramalan doktor katanya hanya beberapa bulan sahaja jangka hayatnya... tapi, Allah beri dia peluang 2 tahun lebih... dan masihku ingat cerita2nya tentang penerimaan anak2nya.... dengan tenang dia bercerita... betapa tabahnya hatinya menerima dugaan Allah ini... Aku tahu dia redha dengan ujian Allah ini... dan Mudahan rohnya di tempatkan bersama golongan yang beriman.... Kenangan bersama arwah kak Ailen sentiasa dalam ingatanku.... Terlalu banyak kenangan itu untuk ku coretkan semuanya di ruangan ini... Cukuplah andai semua tahu yang aku amat bersyukur dan gembira kerana pernah mengenalinya... Al-Fatihah buat sahabatku..semoga rohmu tenang di 'sana'... Amin....
Diza Ahmad,
SMKKL
27082010
01:17 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment