Tuesday, May 12, 2009

SWEET MEMORIES! UBD 1997-2001

Zaman belajar d "U" memang indah. 4 tahun bersama-sama untuk mencapai segulung ijazah. Alhamdulillah perjuangan kami dapat diselesaikan tanpa ada seorang pun yang terkandas. Hidup di kampus memang menyeronokkan. Tambahan lagi kalau ada kawan yang 'sekepala'. Kenangan bersama kawan-kawan dan junior2 Sabahan akan kekal di memori.





> Team "Agi Idup Agi Ngelaban". Selalu jadi juara pertandingan Bola Tampar, tapi masa final year tempat ke-2 sj. Apapun, it's a lot of fun! Minah-minah dalam gambar tulaaa yang buka lembaran sejarah bermain bola tampar yang sebelumnya di elopori oleh students lelaki. kamilah antara wanita-wanita gagah yang tidak takut sakit apabila terkena bola. Tapi kadang2 sakit jugak bila kena smash dari budak2 lelaki yg saja je tunjuk power..hehehe..

Gambar dr kiri: Miya, Zai, Diza, Jun, Uming, Yamah dan yang terbaring tu Yanie. yang di belakang: Abg Keam.







University Brunei Darussalam (HEP Building)
^





Masa ni ada program yang aku dah tak ingat sangat. Tapi melinatkan semua pelajar Antarabangsa atau lebih tepat lagi pada masa tu namanya "International Students Association". Rasanya lepas tu dengar khabar dad tukar kepada International Student Club. Pernahlah juga aku menjadi bendahari kelab tu selama setahun. Mak ampun... tak sanggup rasanya. Punyalah susah nak kutip yuran tahunan terutamanya dari pelajar-pelajar dari negara commonwealth la. Yang Asean ni ok je. Dalam gambar ni semua bebudak sabah dan sarawak.


Adakalanya teringin rasanya untuk kembali ke alam belajar (di universiti). Terutamanya bila tengah tension dengan kerja yang berlambak. Melihat keriangan yang terlukis di wajah semasa study tidak dapat tidak akan membuatkan hati rasa cemburu. Cemburu pada masa lampau yang sudah 8 tahun ditinggalkan..... Gambar ni diambil di Taman Bukit Syahbandar, Brunei D.S. Petang2 ada masa terluang kitorang jogging / jungle trecking, naik bukit turun bukit. Bukannya jauh sangat pun dari kampus. Memang best untuk bersenam dan cuci mata melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Time nie budak2 malaysia, thailand dan indonesia saja yang terlibat. Ada juga budak Brunei yang terselit... Sapa lagi kalau bukan kak Lamai Anak Sakai. Dia pelajar senior sebenarnya dan berbangsa Iban dan rapat dengan budak2 foreigner macam kami nie. Suka juga join dengan kitorang dalam macam-macam aktiviti. Tapi dia memang best dan lawak gilerr!! Kak Lamai.. I miss u!!!!!!!!!















No comments:

Post a Comment