Saturday, May 16, 2009

2006 - 2007 Dalam Kenangan

Heheh... Ni masa Felix datang ke sekolah, tak silap aku 2 tahun lepas. Datang sebab cousin dia kebetulan cikgu praktikal (kaunselor) di sekolah ~sekarang sudah posting di sekolah aku juga~. Apalagi, cikgu2 pun ambil kesempatan la. Masa tu kan dia tengah naik, baru kuar dr AF. Bdk2... alahai!! jangan cakapla. Excited gila2 bila dengar Felix datang sekolah. Bukan lawatan rasmi sebenarnya. Tapi dia memang sporting gila. Kontrol macho n senyum je even penat layan budak2 skolah termasuk cikgu2 dia skali...:)... TQ adik Felix...




Kursus Asas BTN di kundasang pada tahun 2006. Semua guru SMK Kolombong diwajibkan menghadiri kursus 3 hari 2 malam tersebut. Kecuali yang ada sebab kukuh, kalau tidak terpaksa hantar surat tunjuk sebab beb. Itulah ketegasan Pn Pengetua kami pada masa tu, Pn Rafidah Hj Karaman. Kerana ketegasan beliaulah kami para pendidik di SMKKL jadi "budak baik"..... Sami'naa wa ato'naa... :).. Ni pic hari terakhir, sebab tu formal sikit....



Whoaa!! muka pun nampak macam gayat saja. Padahal yang naik ke atas tu bukannya dorang. Dorang ni mana ada naik... Tapi, Pn Rafidah tetap contol cantekk!!..:). Dan juga dua orang cikgu yang cute di belakang Pn Rafidah tu.. heheh, aku dan Cg. Masriah. nampak di sana, Ct Zanariah (sudah balik ke west tahun lepas), wong shuk yien, caroline cham, kak kamisah liudin, patricia chang n yg di belakang2 tu tak tersebut nama.. jangan marah yea....





Itulah dia antara wakil guru wanita yang berjaya melaksanakan aktiviti yang mencabar ini. Akulah tu... hehehe... gayat gila.. tapi bila sudah sampai di atas, takkanlah turun balik.. malu weih! Jadi, teruskan sajalah niat tu. Aku memang berazam, kalau aku datang sana semula, dan benda ni tidak diwajibkan aku takkan buat lagi. Ceh, Melayang nyawa aku!









Posing "maut" guru-guru n jurulatih BTN (Pak Maaruf). Depan (dari kiri): Pak maaruf, khusaini,junaidi, hillary, didy dan peter. Duduk barisan kedua: Joseph, Aharun. Billy, Osman, Rusly, Roslan, Victor, Sofian, Shariful, Morshidi, Mike, Hj mustapha. Belakang: Haslina and daughter, Nur'aini and sons, Hjh Wan Nooraini, Norhaizum, Siti Khadizah, Zarina, Salmiah, Winnie, lydia, norsiah, jeffry dan hussin.







Setiap pagi tidak melepaskan peluang tangkap gambar. Maklumlah pemandangan best. Udara pun segar sebab cuaca baik. Alhamdulillah.. ini melancarkan program yang dirancang oleh pihak sekolah sebagai penutup bagi Kursus Perkembangan Staf pada tahun tersebut.
Depan: Hjh Wan Nooraini (Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Zailani, Nur'aini (berpindah ke SMK Pekan Telipok), Hjh Ruzita (balik ke west ikut suami), Hasanah (guru cemerlang).
Belakang: Siti Khadizah, Hjh Nooraini (Ketua Bidang Bahasa), Masriah, Sofia dan Maryanie.

Semua ni adalah kenangan pada tahun 2007. Suka duka pada tahun tersebut sebagai seorang guru memang banyak. Kadang2 macam2 konflik berlaku di dalam kawasan sekolah. Menangani masalah pelajar bukannya mudah. Kadang2 tanpa disedari kita mengabaikan anak sendiri, kerana menjaga anak orang lain. Tapi itulah guru, hadirnya memang untuk menerangi. Banyak yang perlu dikorbankan. Setelah 5 tahun menjadi guru, barulah terasa betapa sukarnya menjadi seorang guru! Tapi, apapun, ia adalah kerja yang mula, InsyaAllah... apa yang baik, Allah akan balas dengan kebaikan juga.

No comments:

Post a Comment