Thursday, December 31, 2009

Perutusan 2010

Salam...
lama sudah tidak mencoret di sini..kesibukan kerja dan masa cuti yg betul2 bercuti lah sebabnya. Tambahan lagi sesekali saja boleh online, itupun hanya sempat menjenguk d Facebook, reply msg kawan2 d FB (selain main farmvilee...huhu).
Cuti sekolah betul2 sudah berada di penghujungnya. Minggu depan sesi persekolahan baru akan bermula. 2010 here u come!
Hari ni 31 Disember 2009. Banyak suka duka sepanjang tahun 2009 ni. Azam? Rasanya aku tidak pasang azam awal tahun 2009 dulu hehe. Yg penting kerja macam biasa, laksanakan tugas yg sepatutnya, memadailah. Tiada apa sangat yang hendak dikejar. Malah, gembira sungguh bila jawatan ketua panitia (KP) sdh tiada di bahu lagi utk tahun 2009. Payah rasanya utk berikan komitmen saat macam ni. Awal tahun biasanya banyak aktiviti yang melibatkan GPI (Guru Pendidikan Islam), terutamanya KP. Mesyuarat semestinya dan MTQ. Bukan tidak mau melibatkan diri, tolong2 memang boleh, tapi yg hadir meeting itu ini yg tidak larat. Tambah lagi tengah sarat mengandung macam ni, aduhhh... penat berganda2 rasanya. Biarlah jadi org d belakang tabir... dan harap2 jwtn KP tu tdk pusing balik tempat aku huhu...
Azam 2010? Hmm..sama saja... buat kerja macam biasa. Sampai masanya naik pangkat juga... Mungkin aku bukannya jenis yg mengejar pangkat tu, jadi biasa2 sajalah. Tiada tekanan dan bebanan perasaan utk mendapatkan sesuatu yg blm pasti. Sedar dgn tidak sudah hampir 6 tahun rupanya aku dlm bidang perguruan. Umur pun semakin bertambah. Dari angkat 2 di awal umur, sekarang sudah didahuluinya dgn angka 3. Dari anak pertama hingga anak ke-3 yg bakal lahir April 2010 nanti, InsyaAllah. Dunia perguruan bukannnya senang. Orang ingat senang sebab adanya banyak CUTI. Tapi orang tidak fikirkan masa yang tidak cuti. Kerja sekolah pun kena bawa balik ke rumah, terutamanya bila sampai bab marking paper. Sampai dateline pun payah mau siap. Bukan mudah memeriksa kertas jawapan. Skrip yg bertimbun mau juga baca. Tidak adil klu tidak baca semua jawapan pelajar. Nanti ada pula markah 'terbang'. Malam pun tidak dapt tidur lena memikirkan kertas jawapan belum habis disemak. Itulah kerja guru. Bagi ilmu dan uji semula ilmu yg sudah diberikan.
Hmmm... catatan penutup tirai 2009 ni pun tidak boleh panjang2. Semenjak mengandung ni aku macam ada sindrom malas mengadap komputer. Ada lagi beberapa kerja yang perlu diselesaikan sebelum sekolah buka. Aduhh... Meeting 2hb ni jangan lupa. Biasalah, meeting pertama kena buat sebelum sesi sekolah mula. Tahun ni pula menyaksikan sekali lagi perpisahan dgn kawan seperjuangan (sabariah ahmad, kak noradilah sulimai dan cg Jamil dayang). Mereka semua balik kampung. Sab balik kedah, kak nora balik selangor n cg jamil balik perak. Hmm... begitulah adatnya.... Sedih juga berpisah dgn Sab, maklumlah dia antara geng2 kami d bilik guru. Tapi inilah hakikat bidang perguruan. Sampai masanya akan berpisah dengan rakan2 seperjuangan. Tidak akan selamanya kekal di satu sekolah sahaja sepanjang tempoh berkhidmat menjadi guru. Apapun, buat sahabatku yang berpindah, teruskan perjuangan di tempat yang baru. Di mana pun kita bertugas adalah tetap sama tanggungjawabnya. Menjadikan pelajar yang kurang pandai kepada pandai dan yang pandai kepada lebih pandai. InsyaAllah, andai kita benar2 ikhlas dalam perjuangan kita, murid akan jadi pandai....:)
Kepada sahabat2 seperjuanganku, Selamat kembali ke sekolah. Didiklah anak2 murid dengan penuh kesabaran. IsyaAllah, ia akan membuahkan hasil yang baik. Semoga terus sukses di tahun 2010. Amin....

Salam.
31 Dec 2009, 4.53pm.

Sunday, July 26, 2009

BTN ditunda lagi..Yay!

Salam...
happy..happy...happy gila2...hihihi... BTN ditunda lagi... mamposla aku klu Cg Khusaini nampak ni.... Diam2 kami 'aaa... Pening aku tengok tmpt BTN yg dicadangkan tu.. Kg Pukak, Kiulu. View ok sudah...Aman damai n harmoni.... tapi bab lain..Hampeh! Aku memang x sanggup... Bagilaaa berapa ribu pun aku x mau laaa... Tempat tinggal xda..tepaksa pasang khemah (Macam budak2 saja....). Tandas satu saja, merangkap tempat mandi (selain sungai). Tidak sanggup woooo mau mandi sungai...gila apa! Tapi...syukurr.. teda jadi...dan BTN ditangguh lagi sehingga lepas raya...

Friday, July 10, 2009

Sumandakku sudah besar....

Inilah dia sumandak aku yg sudah pandai bergaya.... jangan dak tau, semua tu d warisi daripada mummy dia ni lahh (husband aku cakap..hehehe). Biasanya begitulah...last2 balik ke parents jua... Asyik mau bemekap saja dia. Dia masih lagi di Tunasari Pre-School. Kemarin aku ambil buku rekod dia... Aduiihh... banyak juga komplen guru kelas dia. Aleeya kurang becakap di dalam kelas n pemalu juga. Begitulah dia dari umur 3 tahun dia di sana. Cuma sekarang ada improvement la sikit. Beginilah jadi parent. Tahun depan sudah mau d bagi masuk ke SUI. Di rumah babah dia mengajar mengaji. begaduh jak aku dengar dorang. memang payah mengajar anak sendiri. Kita ni mau derang cepat pandai saja, tapi tidak fikir pun setakat mana otak derang boleh menerima. Sebab tu bagus lagi hantar anak sendiri belajar dengan orang lain. Kalau saya pun teda jamin juga teda marah kalau anak buat silap masa belajar. Masa Aleeya buat homework teda betul pun rasa mau marah. Sampai aku padam tu kerja dia kalau teda betul,...dan dia dengan muka yang ala-ala masam gitu buat la balik. Kadang2 menitis jua air mata dia bila aku marah sikit. sensitif betul anak aku tu (husband aku cakap lagi macam aku...ya kaa???). Bila anak sudah menangis gitu, jatuh kesian la pulaa... hmmm... hati seorang ibu....begitulah!
Okeylahh... nanti aku sambung lagi... Aleeya sudah minta buat susu ni. besar2 gini pun mau menyusu lagi...hehehe.... nanti dia besar sdh blh baca blog aku ni mesti dia komplen. Sekarang ni dia tau main game jak di komputer ni. lain2 dia belum d ajar lagi... Ok...jumpa lagi di lain catatan. Salam.....


Thursday, July 9, 2009

Fated To Love You (Sticky Note Girl)

Inipun salah satu drama yg aku suka tengok. Lama juga mau abis aku tengok... Drama ni lucu2 sikit jadi aku sukala tengok. Rasanya 2 minggu juga baru aku habis tengok. Faham2 jakla... bukannya banyak masa free. so kalau free bolehlah jenguk2 link di bawah ni

Fated To Love You

Link to this page: Bookmark this page
Fated To Love You

Fate to Love

  • Alternative Title: 命中注定我愛你 / Ming Zhong Zhu Ding Wo Ai Ni
  • Genre: Comedy, Romance
  • Film Date: March, 2008
  • Total Episodes: 24
  • Taiwan Casts:
    Baron Chen, Bianca Bai, Chen Qiao En, Ethan Ruan
  • Description:

    A really unfashionable working class girl Chen Xin Yi has the desire to tie down her handsome boyfriend to be with her. Due to certain reasons, her boyfriend gets her to go on a love cruise and she started to ponder on how to lose her virginity and tie down her boyfriend. Xin Yi ended up getting drunk and went into Ji Cun Xi's room. Cun Xi is the sole male heir to his family's company and has been in love with his girlfriend, Anna, for a long time. He planned to propose to Anna on the boat but she didn't turn up on the cruise. An island owner added drugs into Cun Xi's drink and Cun Xi became disorientated and returned to his own room. Xin Yi and Cun Xi end up having a one night stand. Xin Yi later finds out that she's pregnant and Cun Xi's grandmother forces them to get married. Will a couple forced to marry for the sake of their unborn child find love with each other?

KURSUS BTN LAGI?????

Salam..... buat member2 yg berkunjung ke sini. Topik kali ni pasal BTN... Adusss.. sakit kepala aku sebenarnya dengan topik ni. Bukan aku saja sebenarnya, ramai juga yang sakit kepala terutamanya guru2 wanita yang ada baby. Plan awal BTN di buat d Sungai Padas, Beaufort. Mak aii... walaupun area kampung husband aku, rasanya aku pun fikir banyak kali mau ke sana... boleh2 juga la jauhnya... Memandangkan banyak sok sek di belakang tabir maka lokasi di ubah ke Kiulu. Walaupun tidaklah jauh sangat tapi still juga ramai yang berat hati. Tapi aku ni kalau teda ular melintang d tengah jalan aku pigi jugala... biasaklah... sami'na wa ato'na... (kunun). Aku rasa bukannya apa bah, ni kali ke-2 sudah BTN pas BTN kami di Kundasang tahun 2006 dulu. Masih terasa lagi suasananya. Mana lagi yang baru lepas kursus BTN khusus. Sabar jakla kamurang. Arahan pihak atasan ni. Ikut jaklah bah kamu... walaupun teda kena potong markah prestasi..kikikik.... Tapi Masriah cakap macam teda dapat pigi tau... jaga ko mas, mencari abangmu nanti...hehehe. Apapun, sesiapa yang akan menyertai BTN kali ni semoga bergumbira... nanti lepas BTN (kalau jadi) kita sambung story lagi... Salam!

BIRTHDAY DURRAH AFIQAH



Salam. Cepatnya masa berlalu. Durrah Afiqah aku sudah berusia 1 tahun pada 20 Jun yang lepas. Sempat juga sambut birthday Durrah di rumah mertua aku on the date. Alhamdulillah... Walaupun kelas kabut aku order cake d Multi bake di CKS sini dekat KIPS.









Ini pula masa Durrah potong kek dengan abahnya, kakak n cousins. Muka pun sudah tidak ceria pasal sudah dekat jam 10 mlm time ni.











Time ni dahi durrah tercalar sedikit. Ni pasal kuku dia lupa potong and dia garu la tu.. besar juga kesannya. Tapi sekarang hilang sudah dan tidak meninggalkan kesan. Happy Birthday Durrah.. Mummy Love You!

Friday, June 19, 2009

Kenduri di rumah mama Maryanie...

Salam...
jumpa lagi... Malam tadi kami pergi rumah mama maryanie sebab hubby aku baca doa untuk kenduri doa selamat selepas mama, bapa and mama tuanya balik dari umrah... mau dijadikan cerita... masa mau balik tu.. di luar sudah ni mau pakai selipar, selipar Aleeya ndada... kali ada yang tersalah pakai.. malas juga aku mau panggil c mar, jadinya aku suruh jak Aleeya masuk ereta sebab dia mengantuk telampau sudah... Belum sempat aku call c mar ni lagi. Tadi dia teda pigi sikul.. penat kali tu bemasak utk kenduri heheh... lagipun adiknya balik key ell hari ni, kali jua dia menghantar. tiada berita.... sebab fon masriah hari ni kong... ndada bateri... dia kol hubbynya pun pkai fon aku.. hahaha... Jadi, mar kalau ko terbaca la catatan aku nie, ko tlg tgk2 kalau ada selipar yang illegal di rumahmu ah... sandel warna cream n tmpt masuk kaki jg bunga warna gold... kalau teda, xda apa2 jg... hubby aku cakap, biarlah, telampau banyak seliparnya tu di rumah... :)... Tapi kalau ada, mar...tolong bawa pigi sikul ah... tq.....
Salam.

Wednesday, June 17, 2009

My Hubby n Aleeya


Ni 4 tahun yang lalu. Aleeya masa ni baru beberapa bulan. Gambar ni masa di mimpian Jadi Resort. Saja ambil angin. Aleeya dari dulu sampai sekarang kecil saja... Sehingga aku kena datang ke Klinik Luyang hampir tiap bulan gara2 berat Aleeya yg tdk sesuai dengan umurnya. Tapi mau buat mcmana, bakanya memang tidak besar.. hehehe... Pernah sampai satu masa tu kami kena jumpa pakar pemakanan.. lawaknya aku rasa... tapi terpaksa ikut prosedur... Lepas sj dari tu kami terus buat appointment di SMC... jadi tidak sudah ke Klinik Luyang. mama Maryanie selalu 'menagih hutang klinik' Aleeya tu... heheh... apa tidak, mamanya yang di kaunter di KKIA Luyang tu... Sampai sekarang Aleeya tidak pergi sana... Minta maaf banyak2...
Hubby aku pula... masih control macho lagi time nie.. hahaha... Sekarang? sendiri mau ingat la....

Marker Pen VS Chalk

Tadi aku dpt SMS dr Zai... Dia kata menyesal aku tak tinggalkan marker pen aku dengan kamu, rupanya di sekolah baru aku ni masih pakai kapur.... Maka, tersenyum jugalah aku membacanya dan tidak lupa mengkhabarkan kepada kawan2 yg lain.... Jangan marah Zai... Bukannya apa, era globalisasi lagi moden ni, rupanya masih ada lagi sekolah yg gunakan chalk and talk... :).... Tapi apapun, mungkin mereka masih tak mau buang 'nostalgia' lama tu... Mungkin ada sentimental value nya sendiri di sekolah tersebut... Sabar sajalah kawan... makan kapur la kau lepas ni... Sediakan losyen tangan banyk2 dalam laci.... macam kita dulu2 la juga.... kalau tidak guna losyen alamat keringlah tangan kena kapur tulis... Hehehe... Apapun, selamat maju jaya sahabatku....





Ni gambar kenangan aku dan Zai masa BTN di Kundasang tahun 2007.

Monday, June 15, 2009

TEKANAN!!

Arrgghhh!! tensennya aku rasa..... xm paper lum lagi siap aku tanda... nilah akibat bila bercuti sakan...hahaha.. padan muka aku...
Tapi cerita sebenarnya ialah.... minggu pertama cuti aku balik rumah mama aku. Seminggu sblm cuti tu mama aku sudah pesan, baliklah ke kg walaupun tidak bermalam d kg. Tapi aku tau apa yg mama aku rasa, dia cakap sj d mulut macam tu padahal dalam hati dia mau sangat2 kami bermalam di kampung lama2 sikit tambahan lagi masa cuti. Mama sudah masuk ke fasa 'veteren'. Jadi, kami sebagai anak2 yang sudah cukup dewasa perlu menjalankan kewajipan sebagai anak-anak yang solah dan solehah (ceh!). Jadi, hampir seminggu tu kerja aku ialah memasak, kemas rumah, cuci kain, lipat kain, menyapu bla..bla..bla.... Kesimpulannya tugas2 surirumah sepenuh masa kunun... e..e..e....
Minggu kedua pula kazen husband aku kawen...maka, kesibukan yang tiada taranya...(kunun). Ahad petang balik KK... tapi penat gila-gila... jadi aku teruskan 'rehat'..... dan pagi tadi buka sekolah semula... ARRRGGGHH!!! xm paper lum abis aku semak... banyak lagi tu..... maka berasaplah juga kepalaku menyemak yang kadang2 ntahapa2ntah student aku jawab...

Cerita tentang jawapan budak2 masa xm nie... selalu buat aku ketawa sorang2... bukanlah sengaja tapi 'automatic'... tambah lagi kalau sudah kuar bahasa local menjawab xm..adakah patut... lepas tu macam2 la pulak jawapan yang tiada-tiada baaa.... Tidak kurang juga jawapan yang tidak patut-patut... Tapi kalau mau menyemak kelas yang ujung2 tu kunun... fuhh.. lega...sebab? Banyak kosong dari bertulis...maka mudah dan lancarlah segmen menyemak kertas....:).. Tapi, hakikatnya aku tertanya2 juga... students aku ni faham ke tidak apa yang aku ajarkan selama ni? Sampaikan dalam xm yang aku sudah kira2 guna 4 ke 5 muka surat dorang boleh jawab satu ke dua muka surat saja.... Tapi, bila kelas yang top tu pula... alahaii... panjangnya jawapan... jkadang2 yang tiada pun jadi ada... Tapi, memang begitulah cara pemikiran mereka... Apapun, aku bangga dengan semua student aku nie... Sekurang2nya mereka ada usaha untuk menjawab xm....

Patutnya malam ni aku mau sambung semak kertas. Tadi sampai petang aku d sekolah dangan geng aku yang tidak siap juga check paper.. Si Jacinta laa.. hahaha... Itulaaa dia sibuk bawa budak softball... dan bercuti juga... makanya, petang tadi kami dua2 balik lambat.. tapi, jam 3.30ptg aku sudah balik sebab mau ambil durrah di rumah pengasuh... jadi, aku kasi tinggal saja si jac sorang2... Dia cakap ok saja... teda juga dia takut.... hehehe...

Aku sedih juga sebenarnya hari ni... kuar juga air mata bila kawan baik aku berpindah balik ke kampung halamannya di kedah. Apalagi si Zailani Mohamad Saad la... Dia dapat pula pindah...sebab husband dia dapat pindah... sedih aku... rasa macam bilang tangan kanan... macamana aku mau uruskan PBS budajk2 form 3 ni aku pun tidak tau... pening kepala aku... mau minta ust nawir naik ke pagi, PK 1 kata PK petang tidak bagi sebab derang pun ngam2 saja... Aduuuiii... bengong aku! Biasanya aku buat dengan zai... 3 tahun sudah kami sama2 handle kelas untuk PBS.. Bukannya sikit tu beb, maunya dalam 80 orang budak (kalau hadie semua laaa). Sakitla kepala aku.... Aku dpat SMS dari Zai tadi,,, SMS dia macam nie "Dah sampai KL, 20 mnt lg terbang pi Aloq Staq plak. Perjalanan ok tp sayu la.... terima kasih byk2 kerna jadi bos yg baik"... Waa... aku pun sayu baca beb! Sedar tak sedar sebenarnya sudah 5 tahun kami jadi kawan yang baik, tambahan lagi satu opsyen (GPI). Sebab tu rasanya terasa sangat kesedihannya. Selalu kesana ke mari sama2 saja... Makan ke kantin sama2... Mau jalan ke kelas pun sama2... Apa2 aktiviti pun sama2 juga... tapi yang selalunya kutuk2 orang pun sama2.. hehehe.. Apapun, dia antara kawan baik aku di SMK Kolombong selain Masriah, Maryanie, Sabariah, Maria, Merlena dan Nety. Ucapan untuk zai andai satu masa nanti dia buka blog aku ni (sudah ajar dia untuk buka blog ni sebelum dia balik tadi).. Aku betul2 rasa gembira dapat kenal dgn ko... cerita2 dgn ko... mengajar sama2 dgn ko.... Semoga kau terus berjaya dalam bidang kita ni di Kedah sana. Yang pastinya, aku akan merindui kau dan kenangan kita sama2 di SMKKL. Sayonara Zai.... Ilal Liqaa...
Zai n Aku masa BTN di Kundasang

Huarghh... mengantuk sudah aku nie... aku sebenarnya tengah download video clip dalam facebook bah nie... lambat pula... besar kali tu file... kalau tidak siap juga aku mau tidurla nie... malas aku mau peduli.... nanti2 jak upload..... Macam2 sudah aku corat coret di sini... nanti2la aku tulis lagi.. Anak2 n husband pun sudah tidur.. maka aku stop di sini.........

Sunday, May 17, 2009

Ahn Jae Wook (Hyunseo - Mr Goodbye)





Ahn Jae Wook (AJW) is the hero in Mr Goodbye drama. He's a singer actually. You also can hear his song here!! Have Fun....

http://www.youtube.com/watch?v=5Xx2jYqDvGk
(Always Beside You)
http://www.youtube.com/watch?v=575gdT6szBY
http://www.youtube.com/watch?v=YA4i2sVRzeY
http://www.youtube.com/watch?v=P1UpxEGkC5M
(Forever)
http://www.youtube.com/watch?v=jPaOK7ZZI5o
(Star in My Heart)
http://www.youtube.com/watch?v=rSTEkeBxxog
(Goodbye)

Name: Ahn (An) Jae Wook Birthday: September 12, 1971Height: 176cmWeight: 67kgBlood Type: AFamily: Parents and younger BrotherReligion: ChristianHabit: Touching his nose frequentlyDebut: Debut 1994Good traits: Leadership, Responsible, very nice, FriendlyBad traits: Stubborness and Frank

Ahn Jae-wook (born September 12, 1971) is a South Korean actor, composer and singer. As a child he spent most of his childhood in his hometown, the district of Donamdong in Seoul, before graduating from Seoul Art College, where he majored in theatre. After graduating in 1994, Ahn Jae Wook later went on to make his debut in the drama, The Song of Blind Bird, a drama that was based on a real-life story. Ahn Jae Wook, then a young man, took up side roles in several of the 1995-96 dramas before taking up a lead role in the 1997 drama, Star In My Heart. Together with Choi Ji-woo, both of them took up leading roles in the movie First Kiss in the following year.
Ahn Jae Wook also pursued a career in singing. He composed and sang several songs by making his debut in music from his music album, Forever. It was sung as the last song of Kang Min's concert in the ending part of Star In My Heart, and sold over 700,000 copies. His other main albums include Memories and Red in Ahn Jae-wook.

HAPPY WATCHING!

MR GOODBYE (Korean Drama).. I Love It!










Just try.... Hopefully boleh buka. Ni lagu My Heart dalam darama korea Mr Goodbye. I like this song and also this series. Now showing again at KBS World monday to friday at 10.20pm. kalau tidak sempat boleh tengok episod seminggu on saturdayb 9.20am to 2.20pm.





Title: 미스터 굿바이 / Mr. GoodbyeAlternate Titles: 야수와 마녀 / Wild Beast and the Witch / The Beast and the WitchChinese title : 再见先生Episodes: 16Genre: Romance/ComedyBroadcast network: KBS2Broadcast period: 2006-05-22 to 2006-07-18Air time: Monday & Tuesday

Synopsis
Yoon Hyun Suh (played by Ahn Jae Wook) is an adoptee who grows up in the United States. He becomes successful as a top manager of a hotel chain. He is assigned to do business in Korea. He falls in love with Choi Young In (played by Lee Bo Young), a sassy concierge from the hotel he is assigned to. There is trouble still looming because Kang Soo Jin (played by Oh Yoon Ah) who is Hyun Suh’s best friend’s ex-wife comes back with vengeance in mind. The three become entagled in this love triangle.
Cast
Ahn Jae Wook as Yoon Hyun SuhLee Bo Young as Choi Young InOh Yoon Ah as Kang Soo JinJo Dong Hyuk as Kyle
Extended Cast
Ahn Sun YoungJo Dal Hwan as Choi Young In’s brotherKang Yi Suk as Soo Jin’s son

Saturday, May 16, 2009

2006 - 2007 Dalam Kenangan

Heheh... Ni masa Felix datang ke sekolah, tak silap aku 2 tahun lepas. Datang sebab cousin dia kebetulan cikgu praktikal (kaunselor) di sekolah ~sekarang sudah posting di sekolah aku juga~. Apalagi, cikgu2 pun ambil kesempatan la. Masa tu kan dia tengah naik, baru kuar dr AF. Bdk2... alahai!! jangan cakapla. Excited gila2 bila dengar Felix datang sekolah. Bukan lawatan rasmi sebenarnya. Tapi dia memang sporting gila. Kontrol macho n senyum je even penat layan budak2 skolah termasuk cikgu2 dia skali...:)... TQ adik Felix...




Kursus Asas BTN di kundasang pada tahun 2006. Semua guru SMK Kolombong diwajibkan menghadiri kursus 3 hari 2 malam tersebut. Kecuali yang ada sebab kukuh, kalau tidak terpaksa hantar surat tunjuk sebab beb. Itulah ketegasan Pn Pengetua kami pada masa tu, Pn Rafidah Hj Karaman. Kerana ketegasan beliaulah kami para pendidik di SMKKL jadi "budak baik"..... Sami'naa wa ato'naa... :).. Ni pic hari terakhir, sebab tu formal sikit....



Whoaa!! muka pun nampak macam gayat saja. Padahal yang naik ke atas tu bukannya dorang. Dorang ni mana ada naik... Tapi, Pn Rafidah tetap contol cantekk!!..:). Dan juga dua orang cikgu yang cute di belakang Pn Rafidah tu.. heheh, aku dan Cg. Masriah. nampak di sana, Ct Zanariah (sudah balik ke west tahun lepas), wong shuk yien, caroline cham, kak kamisah liudin, patricia chang n yg di belakang2 tu tak tersebut nama.. jangan marah yea....





Itulah dia antara wakil guru wanita yang berjaya melaksanakan aktiviti yang mencabar ini. Akulah tu... hehehe... gayat gila.. tapi bila sudah sampai di atas, takkanlah turun balik.. malu weih! Jadi, teruskan sajalah niat tu. Aku memang berazam, kalau aku datang sana semula, dan benda ni tidak diwajibkan aku takkan buat lagi. Ceh, Melayang nyawa aku!









Posing "maut" guru-guru n jurulatih BTN (Pak Maaruf). Depan (dari kiri): Pak maaruf, khusaini,junaidi, hillary, didy dan peter. Duduk barisan kedua: Joseph, Aharun. Billy, Osman, Rusly, Roslan, Victor, Sofian, Shariful, Morshidi, Mike, Hj mustapha. Belakang: Haslina and daughter, Nur'aini and sons, Hjh Wan Nooraini, Norhaizum, Siti Khadizah, Zarina, Salmiah, Winnie, lydia, norsiah, jeffry dan hussin.







Setiap pagi tidak melepaskan peluang tangkap gambar. Maklumlah pemandangan best. Udara pun segar sebab cuaca baik. Alhamdulillah.. ini melancarkan program yang dirancang oleh pihak sekolah sebagai penutup bagi Kursus Perkembangan Staf pada tahun tersebut.
Depan: Hjh Wan Nooraini (Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Zailani, Nur'aini (berpindah ke SMK Pekan Telipok), Hjh Ruzita (balik ke west ikut suami), Hasanah (guru cemerlang).
Belakang: Siti Khadizah, Hjh Nooraini (Ketua Bidang Bahasa), Masriah, Sofia dan Maryanie.

Semua ni adalah kenangan pada tahun 2007. Suka duka pada tahun tersebut sebagai seorang guru memang banyak. Kadang2 macam2 konflik berlaku di dalam kawasan sekolah. Menangani masalah pelajar bukannya mudah. Kadang2 tanpa disedari kita mengabaikan anak sendiri, kerana menjaga anak orang lain. Tapi itulah guru, hadirnya memang untuk menerangi. Banyak yang perlu dikorbankan. Setelah 5 tahun menjadi guru, barulah terasa betapa sukarnya menjadi seorang guru! Tapi, apapun, ia adalah kerja yang mula, InsyaAllah... apa yang baik, Allah akan balas dengan kebaikan juga.

Tuesday, May 12, 2009

SWEET MEMORIES! UBD 1997-2001

Zaman belajar d "U" memang indah. 4 tahun bersama-sama untuk mencapai segulung ijazah. Alhamdulillah perjuangan kami dapat diselesaikan tanpa ada seorang pun yang terkandas. Hidup di kampus memang menyeronokkan. Tambahan lagi kalau ada kawan yang 'sekepala'. Kenangan bersama kawan-kawan dan junior2 Sabahan akan kekal di memori.





> Team "Agi Idup Agi Ngelaban". Selalu jadi juara pertandingan Bola Tampar, tapi masa final year tempat ke-2 sj. Apapun, it's a lot of fun! Minah-minah dalam gambar tulaaa yang buka lembaran sejarah bermain bola tampar yang sebelumnya di elopori oleh students lelaki. kamilah antara wanita-wanita gagah yang tidak takut sakit apabila terkena bola. Tapi kadang2 sakit jugak bila kena smash dari budak2 lelaki yg saja je tunjuk power..hehehe..

Gambar dr kiri: Miya, Zai, Diza, Jun, Uming, Yamah dan yang terbaring tu Yanie. yang di belakang: Abg Keam.







University Brunei Darussalam (HEP Building)
^





Masa ni ada program yang aku dah tak ingat sangat. Tapi melinatkan semua pelajar Antarabangsa atau lebih tepat lagi pada masa tu namanya "International Students Association". Rasanya lepas tu dengar khabar dad tukar kepada International Student Club. Pernahlah juga aku menjadi bendahari kelab tu selama setahun. Mak ampun... tak sanggup rasanya. Punyalah susah nak kutip yuran tahunan terutamanya dari pelajar-pelajar dari negara commonwealth la. Yang Asean ni ok je. Dalam gambar ni semua bebudak sabah dan sarawak.


Adakalanya teringin rasanya untuk kembali ke alam belajar (di universiti). Terutamanya bila tengah tension dengan kerja yang berlambak. Melihat keriangan yang terlukis di wajah semasa study tidak dapat tidak akan membuatkan hati rasa cemburu. Cemburu pada masa lampau yang sudah 8 tahun ditinggalkan..... Gambar ni diambil di Taman Bukit Syahbandar, Brunei D.S. Petang2 ada masa terluang kitorang jogging / jungle trecking, naik bukit turun bukit. Bukannya jauh sangat pun dari kampus. Memang best untuk bersenam dan cuci mata melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Time nie budak2 malaysia, thailand dan indonesia saja yang terlibat. Ada juga budak Brunei yang terselit... Sapa lagi kalau bukan kak Lamai Anak Sakai. Dia pelajar senior sebenarnya dan berbangsa Iban dan rapat dengan budak2 foreigner macam kami nie. Suka juga join dengan kitorang dalam macam-macam aktiviti. Tapi dia memang best dan lawak gilerr!! Kak Lamai.. I miss u!!!!!!!!!















Monday, May 11, 2009

My Lovely Daughters!



Inilah permata hatiku. Kelahiran mereka berdua membuatkan kehidupanku lebih sempurna. Walaupun adakalanya karenah mereka memeningkan kepala, namu aku tahu itulah penyeri bagi sesebuah keluarga. Anakku yang sulung lahir selepas setahun aku mendirikan rumahtangga. Walaupun dugaan yang hebat semasa mengandung, Alhamdulillah Aleeya Faqeehah selamat lahir ke dunia ini walaupun melalui proses yang agak sukar. 4 tahun kemudia, lahir pula Durrah Afiqah. Memang sukar apabila terpaksa melalui pembedahan disebabkan kedudukan bayi songsang. Namun, semua itu kutempuhi dengan sabar kerana aku tahu semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Sungguh! Aku benar-benar bersyukur dengan kehadiran dua puteriku ini. Doa mummy untuk kalian berdua, semoga menjadi anak yang solehah dan berilmu. Amin!