Monday, February 2, 2015

Hijrah.....

Tahun 2011 sudah berlalu lebih sebulan... tp baru hari ni sempat mencoret d sini... sibuk dgn kehidupan yang agak "baru"... malam ni ada ruang sedikit utk mengisi ruangan blog ni...
Alhamdulillah... perjalanan masih diteruskan walaupun aku sudah berhijrah ke sekolah baru.... hampir 7 tahun d SMK Kolombong, membuatkan aku sudah jatuh cinta padanya... SMKKL tetap dan sentiasa terpahat di hati... namun, atas desakan keadaan aku terpaksa juga membuat permohonan pindah pada tahun lepas (walaupun tidak disokong oleh pengetua...maaf pn. pengetua...). Perjalanan yang jauh dan memakan masa hampir 1 jam utk sampai k sekolah tiap hari yg membuatkan aku terpaksa memohon pindah dr SMKKL. Akhirnya, aku berhijrah ke SMK Tansau, Penampang pada 11 Januari 2011 (Sepatutnya aku melapor diri pada 1 Jan 2011).. Dan d sinilah aku sekararang. Menjadi warga SMKT yang baru... semoga penghijrahan ini akan menambahkan lagi semangatku untuk mendidik anak bangsa.
Meninggalkan tempat yang banyak mengajarku tentang dunia pendidik bukannya mudah. ikut rasa hati aku ingin terus berkhidmat d sana. Tapi, memandang kepada 'kepenatan' perjalanan sehari2 aku terpaksa akur dengan situasi.
Sahabat2ku ada di SMKKL. Itu yang terus terbayang dan terfikir di minda hingga ke hari ini. Susahnya untuk meninggalkan tempat lama... Di sanalah aku bermula sebagai pendidik yang sebenar... Melihat anak2 didikku yang sudah berjaya, rasa bangga bersarang di dada. Tambahan lagi ada di kalangan mereka yang sering menghantar sms bertanya khabar... Terasa diri dihargai sebagai 'guru'. Sukarnya untuk mencari sahabat seperti sahabat2ku di SMKKL (Specially Masriah, Maria, Maryanie, Marlena, Kak Hjh Baini, Kak Sofea, Kak Sophia, Jacinta). Semua mereka di sana sahabatku. Kak Shabia yang sering berbalas2 suara semasa mengajar (Dia d bilik ERT aku di Bilik PI). Kak Florence Fung, Awg, Azlan, khairi dan Gern di bilik pensyarah pra-U (tempat aku lepak2....). Maria dan Masriah, sering sama2 d library (tempat lepak utama..ngeeee). Kak Hjh Baini n e geng d bilik guru yang sentiasa dengan ceita2 panas.... Jiran2 meja kami, kak uzai, norsinah, kak faezah dan aini. Juga jiran sebelah menyebelah; florencia, zack, prisca, kak nani, kak rohayati, kak rozita dan kak kamisah (pssstt...kak kamisah bagitau aku satu rahsia besar sebelum aku berangkat dulu....hehehhe.....naa...naa... kedapatan org tu...ngeee). Linda, kak hasanah, Kak Rufina, Kak Lojiri, Kak Vasanthi, Kak Rose Mera. Cg Zainal, Sir Mat, Cg Nasir, Tn Hj Mustafa, Cg Henry J, Didy, Eric. Rakan2 tionghua ku Lim, Lee, Liew,Jen,Law, Ma, Carol, Ling Ching,Shirney. Hmmm... rasanya habis sudah nama kawan2 aku d bilik guru 1 ni. Rakan2 d bilik Multimedia; halmi, Sir Jai, peter, royston. Rakan2 d bilik disiplin; ruslan, junaidi, nawir, rahman, morshidi. Rakan2 di bilik ketua bidang; kak hjh wan, kak hjh nooraini, rita dan rahima and also mr kenneth d sebelah. Rakan2 di bilik Guru 2 Henry N, Kak Ramlah dan Angneyou. Tidak lupa orang kuat sekolah, pn hjh amina, cg drs hamid, cg rusly, cg musa dan ust norzalizan. Rakan2 UBK; Khusaini, Nur El. Tenaga2 KTBM; Linda, Shariful, Arif, Kak Ita, Gina, Tina , CC (Tn Abdul Sini). Semua ni klu tejumpa masa makan d kantin... fuiiyoooo... x tau mau cakap camana... kalah student yang paling bising...hehehe.


....pending story.... Writen @ 2011... Publish @ 2015.... Story mcm x habis... Tp mmg xda idea mau sambung....

No comments:

Post a Comment