Monday, May 11, 2009

My Lovely Daughters!



Inilah permata hatiku. Kelahiran mereka berdua membuatkan kehidupanku lebih sempurna. Walaupun adakalanya karenah mereka memeningkan kepala, namu aku tahu itulah penyeri bagi sesebuah keluarga. Anakku yang sulung lahir selepas setahun aku mendirikan rumahtangga. Walaupun dugaan yang hebat semasa mengandung, Alhamdulillah Aleeya Faqeehah selamat lahir ke dunia ini walaupun melalui proses yang agak sukar. 4 tahun kemudia, lahir pula Durrah Afiqah. Memang sukar apabila terpaksa melalui pembedahan disebabkan kedudukan bayi songsang. Namun, semua itu kutempuhi dengan sabar kerana aku tahu semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Sungguh! Aku benar-benar bersyukur dengan kehadiran dua puteriku ini. Doa mummy untuk kalian berdua, semoga menjadi anak yang solehah dan berilmu. Amin!

No comments:

Post a Comment