Salam...
lama sudah tidak mencoret di sini..kesibukan kerja dan masa cuti yg betul2 bercuti lah sebabnya. Tambahan lagi sesekali saja boleh online, itupun hanya sempat menjenguk d Facebook, reply msg kawan2 d FB (selain main farmvilee...huhu).
Cuti sekolah betul2 sudah berada di penghujungnya. Minggu depan sesi persekolahan baru akan bermula. 2010 here u come!
Hari ni 31 Disember 2009. Banyak suka duka sepanjang tahun 2009 ni. Azam? Rasanya aku tidak pasang azam awal tahun 2009 dulu hehe. Yg penting kerja macam biasa, laksanakan tugas yg sepatutnya, memadailah. Tiada apa sangat yang hendak dikejar. Malah, gembira sungguh bila jawatan ketua panitia (KP) sdh tiada di bahu lagi utk tahun 2009. Payah rasanya utk berikan komitmen saat macam ni. Awal tahun biasanya banyak aktiviti yang melibatkan GPI (Guru Pendidikan Islam), terutamanya KP. Mesyuarat semestinya dan MTQ. Bukan tidak mau melibatkan diri, tolong2 memang boleh, tapi yg hadir meeting itu ini yg tidak larat. Tambah lagi tengah sarat mengandung macam ni, aduhhh... penat berganda2 rasanya. Biarlah jadi org d belakang tabir... dan harap2 jwtn KP tu tdk pusing balik tempat aku huhu...
Azam 2010? Hmm..sama saja... buat kerja macam biasa. Sampai masanya naik pangkat juga... Mungkin aku bukannya jenis yg mengejar pangkat tu, jadi biasa2 sajalah. Tiada tekanan dan bebanan perasaan utk mendapatkan sesuatu yg blm pasti. Sedar dgn tidak sudah hampir 6 tahun rupanya aku dlm bidang perguruan. Umur pun semakin bertambah. Dari angkat 2 di awal umur, sekarang sudah didahuluinya dgn angka 3. Dari anak pertama hingga anak ke-3 yg bakal lahir April 2010 nanti, InsyaAllah. Dunia perguruan bukannnya senang. Orang ingat senang sebab adanya banyak CUTI. Tapi orang tidak fikirkan masa yang tidak cuti. Kerja sekolah pun kena bawa balik ke rumah, terutamanya bila sampai bab marking paper. Sampai dateline pun payah mau siap. Bukan mudah memeriksa kertas jawapan. Skrip yg bertimbun mau juga baca. Tidak adil klu tidak baca semua jawapan pelajar. Nanti ada pula markah 'terbang'. Malam pun tidak dapt tidur lena memikirkan kertas jawapan belum habis disemak. Itulah kerja guru. Bagi ilmu dan uji semula ilmu yg sudah diberikan.
Hmmm... catatan penutup tirai 2009 ni pun tidak boleh panjang2. Semenjak mengandung ni aku macam ada sindrom malas mengadap komputer. Ada lagi beberapa kerja yang perlu diselesaikan sebelum sekolah buka. Aduhh... Meeting 2hb ni jangan lupa. Biasalah, meeting pertama kena buat sebelum sesi sekolah mula. Tahun ni pula menyaksikan sekali lagi perpisahan dgn kawan seperjuangan (sabariah ahmad, kak noradilah sulimai dan cg Jamil dayang). Mereka semua balik kampung. Sab balik kedah, kak nora balik selangor n cg jamil balik perak. Hmm... begitulah adatnya.... Sedih juga berpisah dgn Sab, maklumlah dia antara geng2 kami d bilik guru. Tapi inilah hakikat bidang perguruan. Sampai masanya akan berpisah dengan rakan2 seperjuangan. Tidak akan selamanya kekal di satu sekolah sahaja sepanjang tempoh berkhidmat menjadi guru. Apapun, buat sahabatku yang berpindah, teruskan perjuangan di tempat yang baru. Di mana pun kita bertugas adalah tetap sama tanggungjawabnya. Menjadikan pelajar yang kurang pandai kepada pandai dan yang pandai kepada lebih pandai. InsyaAllah, andai kita benar2 ikhlas dalam perjuangan kita, murid akan jadi pandai....:)
Kepada sahabat2 seperjuanganku, Selamat kembali ke sekolah. Didiklah anak2 murid dengan penuh kesabaran. IsyaAllah, ia akan membuahkan hasil yang baik. Semoga terus sukses di tahun 2010. Amin....
Salam.
31 Dec 2009, 4.53pm.